counters

Friday 6 September 2013

Akhirnya cintamu milik ku - episod 9

Sudah dua hari sejak kejadian Ridzuan meluahkan perasaan kepada Zalika,tetapi sehingga kini Fiha masih tidak berbaik dengannya. Bercakap tetap bercakap dengannya tapi dingin sahaja. Tiada lagi gelak tawa yang menghiasi hari-hari mereka.

Sedang Zalika bermenung di atas kerusi di hadapan meja belajarnya,tiba-tiba dia dengar pintu dibuka dari arah luar. Dia pasti bahawa itu adalah Fiha.Fiha yang su
dah masuk hanya membuat tidak nampak Zalika yang melihat ke arahnya. Bukan hanya Zalika sahaja merasai kesunyian kerana tiada lagi gurauan mesra seperti biasa antara mereka, Fiha juga merasai begitu. Dia begitu rindukan suasana yang dulu.

Zalika sudah tidak mampu untuk bertahan lagi. Dia perlu berterus terang dengan Fiha. Dia sayangkan kawan baiknya. Zalika menapak ke arah Fiha yang duduk di atas katil.

"Fiha...Aku dah tak tahan dengan keadaan kita sekarang. Cuba kau terus terang dengan aku apa kesalahan aku sebenarnya sehingga aku dibenci begini sekali. Aku sayangkan kau, Fiha. Kenapa kau buat aku macam ni?" Ujar Zalika sambil memegang tangan Fiha. Fiha yang cuba untuk menarik tangannya tidak dia peduli.

Fiha melihat ke arah Zalika.
"Kau tak salah apa-apa pun." Kata Fiha dalam nada kosong,tanpa riak.

"Kalau betul aku tak salah kenapa kau buat aku macam ni. Kau tahu tak yang aku ni rasa macam duduk dalam bilik mayat bila aku balik. Aku rindukan gurauan kita dulu. Aku rindukan kau yang dulu, Fiha..." Air mata yang terlalu dipendam akhirnya mengalir jua di hadapan Fiha.

Fiha turut terasa sebak melihat rayuan Zalika tetapi sengaja dia keraskan hatinya.

Zalika bertindak dengan menyalami tangan Fiha. "Aku mohon maaf pada kau. Aku tak nak ada hutang dengan kau andai kata aku pergi dulu." Tenang Zalika menuturnya. Air matanya dikesat. Tiada guna untuk dia 'berdrama' air mata lagi andai Fiha tetap tidak mahu memaafkannya.

Zalika bangun dari katil Fiha. Air mata Fiha akhirnya mengalir jua. Dia bangun untuk mengikut langkah Zalika. Zalika dipeluk oleh Fiha dari belakang. Teresak-esak Fiha menangis di bahu Zalika. Zalika turut menangis apabila dia berasa belakangnya basah dengan air mata Fiha.

Akhirnya mereka berdua sama-sama terduduk di atas lantai. Fiha tetap memeluk Zalika dan menangis.

"Maafkan aku, Ika.Maafkan aku..."
Agak lama mereka berkeadaan begitu sebelum Zalika berpusing dan memeluk erat tubuh Fiha. Terasa bagai tidak mahu untuk Fiha melepaskan Zalika pergi. Dahi kawan baiknya itu dicium lama.

"Ika....Aku bersalah dengan kau. Aku tak patut jadi kawan..." Belum sempat untuk Fiha meneruskan ayatnya, Zalika sudah meletakkan jari telunjuknya di bibir Fiha.

"Fiha, tiada manusia yang sempurna di dunia ini kecuali Yang Maha Esa. Tiada siapapun yang mampu lari dari melakukan kesalahan, Fiha. Termasuklah aku dan kau. Kita sama-sama ada kelemahan yang sama, sentiasa melakukan kesalahan." Ujar Zalika kepada Fiha.

Fiha tertunduk."Fiha minta maaf."
"Tak apa. Tapi, cuba jelaskan pada aku kenapa kau tiba-tiba aje macam benci dekat aku. Apa yang aku dah buat sampai kau dingin macam tu sekali." Zalika menuntut sebuah penjelasan daripada Fiha.

"Hmm...Sebenarnya aku...Aku...Sukakan abang Ridzuan dah lama. Itulah sebab bila kau cakap kau suka abang Ridzuan, aku jadi marah, aku jadi tak tentu arah. Aku rasa tercabar." Jelas Fiha.

Zalika terkejut kerana tidak menyangka Fiha turut menyimpan perasaan pada Ridzuan.

"Tapi, kau tak payah risau. Aku dah tak sukakan abang Ridzuan dah. Cuma aku dingin dengan kau sebab aku tak tahu macam mana nak cakap dengan kau." Kata Fiha.
" Dan aku tahu kau kan jadi isteri abang Ridzuan, kan?" Sakat Fiha dalam nada yang agak serak.

Zalika tersipu malu. "InsyaAllah jika umur kami dipanjangkan dan jika jodoh kami dipanjangkan."

"Tahniah untuk kawan aku. Tak sabarnya aku nak menimang anak buah." Makin galak pulak Fiha menyakat Zalika. Dia ingin menimbulkan suasana ceria antara mereka semula.

"Fiha! Kami kahwin pun lambat lagi." Pipi Zalika sudah kemerahan menahan malu yang amat.

"Hahaha...Aku main-main ajelah. Apa-apa pun aku doakan jodoh kau dengan abang Ridzuan dipanjangkan." Ujar Fiha sambil tersenyum kearah Zalika.

"Terima kasih, Fiha." Zalika memeluk tubuh Fiha. Dia berasa amat gembira kerana keadaan yang suram kembali bercahaya antara dia dan Fiha.

(Sekeras Batu Sekalipun Hati Seseorang Itu, Tetap Lembut Juga Duatu Hari Nanti...Dalam Samar-samar Awan Kelabu,Tersembunyinya Pelangi Indah Menceriakan Hati...  )

No comments:

Post a Comment