counters

Friday 6 September 2013

Akhirnya cintamu milik ku - episod 6

Zalika yang baru sahaja selesai menunaikan solat Asar berasa amat terkejut apabila mendengar Fiha menghentak bukunya keatas meja.Dia berpaling untuk melihat Fiha.

"Fiha,kau ada masalah ke?kalau ada masalah ceritalah dengan aku mana tahu kalau-kalau aku boleh tolong selesaikan masalah kau tu ke?" soal Zalika.

Telekung yang dipakai,dibuka lalu digantung pada penyangkut.Dia melihat Fiha seolah-oleh sedang melancarkan 'perang' dengannya.Dia ada buat apa-apakah kepada Fiha sehingga Fiha berubah?

"Fiha,kau marahkan aku ke?"soal Zalika dan cuba untuk mendekati Fiha.

Fiha kaku ditempat duduk. Wajah Zalika dihadapannya lansung tidak dipandang walau sedikit. Zalika cuba untuk menyentuh tangan Fiha tapi dia segera melarikan tangannya. Zalika berasa amat pelik dengan apa yang berlaku.

"Fiha, kau ni kenapa? Kenapa kau dingin semacam dengan aku lepas aku cakap suka dengan abang Ridzuan? Kau sukakan abang Ridzuan ke?" Duga Zalika. Fiha berpaling laju dan melihat ke arah anak mata Zalika. Hatinya tiba-tiba terasa bagai marak dengan api, Panas. Dia jadi panas mendengar nama Ridzuan meniti dibibir Zalika.

"Bukan urusan kaupun!"kata Fiha dan terus baring sambil menghadap kearah dinding. Zalika tertunduk. Dia berasa kecil hati dan bersalah terhadap Fiha. Adakaha kerana dia sukakan abang Ridzuan telah menyebabkan Fiha membenci dirinya?

Zalika mendongak untuk melihat jam di dinding. Lagi 15 minit sebelum pukul 5.00 petang. Dia tiada mood berhadapan dengan Ridzuan kerana lebih risaukan keadaan Fiha yang dingin dengannya.

'KAU berikanlah ketenangan kepada hamba-MU yang serba tidak sempurna ini, YA ALLAH,KAU berikanlah jua kepada kawan baikku ketenangan agar dia tidak berasa tertekan dengan cabaran dunia yang hebat. KAU tidak pernah sekalipun menduga seseorang itu melebihi batas imannya.' Doa Zalika sewaktu keluar dari pintu biliknya....

No comments:

Post a Comment