counters

Friday 6 September 2013

Akhirnya cintamu milik ku - episod 4

"Hmm... abang nak cakap sikit boleh tak dengan Ika? Tapi, abang tak nak cakap dekat sini.Kita keluar ek, petang nanti." Ujar Ridzuan sebaik sahaja mereka keluar dari bilik Prof. Daleila.

Zalika memandang ke arah Ridzuan. Terselit perasaan curiga dihatinya apabila dia diajak keluar oleh Ridzuan. Dia risau dia takut jika orang akan memperkatakan apa-apa soal dia dan Ridzuan.

"Ika tak perlu risau. Kita tak keluar berdua, kita keluar dengan kawan abang sekali. Kawan abang tu lelaki tapi tak payah risau dia sporting dan baik orangnya." Ridzuan yang dapat membaca riak Zalika segera menjelaskan pekara yang sebenar. Zalika menarik nafas lega apabila mendengar penjelasan Ridzuan. Tidak kisahlah walaupun kawan Ridzuan itu lelaki mahupun perempuan yang pastinya dia tidak mahu keluar berduaan.

"Ok. Pukul 5.00 petang ek.Sempat jugalah Ika nak solat Asar."
Ridzuan tersenyum. "Ok, no hal aje demi Zalika abang tersayang." Ridzuan mengenyitkan sebelah matanya ke arah Zalika.

Jantung Zalika bagai tidak mampu berkerja lagi. Terasa bagai terhenti dengupan jantungnya tatkala ayat itu meluncur laju dibibir Ridzuan. Zalika abang tersayang?Apa maksud dia? pelbagai soalan bermain dibenaknya.

"Ika pergi dululah. Petang nanti Ika call abang bila Ika dah siap." Ujar Zalika.
"Ika ada nombor abang tak?" soal Ridzuan kepada Zalika.
" Tak ada. "
"Ok, nah ambil nombor abang. nanti call la tau". Ujar Ridzuan seraya menghulur sekeping kad nama pada Zalika.

"Hmm...Terima kasih.Oklah, Ika pergi dululah. Assalamualaikum." Zalika menyambut kad nama tersebut dan terus berlalu setelah memberi salam.

Ridzuan hanya tersenyum sambil menjawab salam Zalika didalam hati. Degupan jantungnya ketika itu bagai baru habis berlari satu padang rasanya. Laju bagai tidak terkejar dibuatnya. Dia tidak memerlukan solat istikharah kerana hatinya sudah cukup pasti yang dia mempunyai chemistry terhadap Zalika. Setiap langkah kaki Zalika kearahnya sudah cukup untuk membuktikan segalanya.

Perasaan yang tidak pernah dia rasai kita bertentang mata dengan seorang wanita kini dapat dia rasai ketika melihat Zalika. Setiap gerak geri Zalika seiring dengan degupan jantungnya yang tidak terkawal rentaknya.

Dia bukanlah ingin mengatakan solat istikharah sekadar sesuatu yang tidak penting. Penting sebenarnya untuk memohon petunjuk dari-NYA tapi Ridzuan benar-benar yakin dengan tanda-tanda yang telah dikurniakan kepadanya yang menyatakan bahawa Zalika itu bakal jodohnya. Ya, dia yakin!.

No comments:

Post a Comment