counters

Friday 6 September 2013

Akhirnya cintamu milik ku - episod 5

"Rid!!!" Jerit seorang lelaki mengejutkan lamunannya.
"Haa, Fiz, kenapa?" soal Ridzuan kepada Hafiz, kawan baiknya.
"Dari tadi aku dok panggil kau tapi kau buat dek aje.Ingatkan ngingau berjalan tadi sebab tak sedar pun aku tengok kau ni."Bebel Hafiz sambil membuat muka geramnya.

"Hehehe....Sorrylah,aku tak perasan,dah lah jom," Ridzuan terus memeluk leher Hafiz untuk mengikutnya.'Kawan kau tenga
h dilamun rindu dan sayang!' Bisik hati Ridzuan.
( Dari Rindu Timbul Sayang,Dari Sayang Timbul Cinta...  )

Ridzuan membawa Hafiz ke taman. Dia memerlukan pendapat kawannya itu untuk temu janji antara dia dan Zalika petang nanti.

"Tapi,masalahnya sekarang ialah aku tak tahu nak cakap apa! aku tak tahu dari mana patut aku mulakan dulu. Dari sini ke dari sana?Aku Buntu!" kata Ridzuan kepada hafiz sambil memicit kepalanya.

"Weyh bro, rilekslah. Janganlah stress sangat. Aku ada satu penyelesaian bagi masalah kau." Hafiz menjongketkan sebelah keningnya kepada Ridzuan. Ridzuan mulai tersa teruja. "Ha, cepatlah cerita dengan aku apa penyelesaiannya? Cepatlah!" Gesa Ridzuan.

"Hish, Kalutlah kau ni."
Ridzuan hanya mampu tersengih.
"Ok, Pertama sekali, kau kena rileks. Jangan cuak sangat sampai macam ni sekali waktu depan Zalika. Lepas tu kau kena pastikan kau kena pastikan kau dalam keadaan yang selesa, yang smart , yang paling penting dalam keadaan yang menyenangkan hati dia. Tapi tak payahlah sampai kau sembur minyak wangi macam tong minyak wangi tertumpah."
"Seterusnya pastikan kau sentiasa tersenyum kerana senyuman seorang lelaki mampu mencairkan hati seorang wanita. Dan last sekali, jangan lupa berdoa memohon agar misi kau nak mencuri hati Zalika berjaya." Hafiz tersenyum kearah Ridzuan yang kelihatan teruja tidak sudah lagi.

"Bro,kau ada pengalaman ngorat anak dara ke?" soal Ridzuan kepada Hafiz.
Hafiz mengerutkan dahinya."Kau nampak muka aku ni spesies kuat mengayat ke?"
"Adalah sikit." Ridzuan tersengih. Hafiz menendang kaki Ridzuan kerana geram.

"Aku dapat tips dari abang ipar aku lah. Dia tu jenis kuat mengayat kakak aku waktu diorang belum kahwin."
"Sekarang ni dia kuat mengayat lagi tak?" Soal Ridzuan nakal.
"Kau ni kan,macamlah aku tak faham ayat kau tu. Nanti ada yang kena humban masuk dalam tasik,jangan tanya kenapa lah kan. Dia mengayat dengan kakak aku ajelah. Gila apa nak kena makan parang pergi mengayat anak dara orang lain." Dalam marah dan geram pun soalan Ridzuan tetap Hafiz jawab.

"Alolo,janganlah marah. Nanti kalau marah kena jual sekilo RM10. Berat kau 61 kilogram.Hmm..cukuplah untuk aku buat duit mas kahwin aku dengan Zalika nanti."
"Kau jangan Rid, Nahas kau nanti." Hafiz ingin menendang lagi sekali kaki Ridzuan tapi lebih laju membuka langkah melarikan diri.

"Kalau kau rasa kau tu anak lelaki, mehlah sini kejar aku!" Jerit Ridzuan tanpa mempedulikan beberapa orang yang mulai berbisik melihat adengan ngada-ngidu antara Ridzuan dan Hafiz.

"Kau ingat kau tu terror! Aku ni bekas juara atlit olahraga sekolah la." Ujar Hafiz sambil belari tanpa mempedulikan mata yang melihat mereka berdua....

( Sahabat Itu Mampu Menceriakan Hati Yang Penuh Awan Kelabu...  )

No comments:

Post a Comment