counters

Friday 6 September 2013

Akhirnya cintamu milik ku - episod 2

"Abang poyo tu?Nauzibillah...Merana hidup aku beb kalau aku suka dekat dia.Err, dahlah poyo,perasan pula kononnya dia ada paling ramai peminat antara kawan-kawan dia. Kut muka tu hensem tak pa lah juga. Ni setakat dia sendiri perasan dia tu hensem,baik tak yah." Zalika membuat muka menyampahnya.

"Habis tu siapa?Cepatlah cerita!"
Fiha yang sudah tidak larat untuk mendengar mukadimah panjang lebar Zalika memaksanya untuk terus point yang sepatutnya.

"Abang Ridzuan." Ujar Zalika sambil tersenyum sehingga ke telinga. Fiha mengerutkan dahinya.Berubah riak wajahnya.

"Abg Rid?eh, kau ni biar betul!Kau tahu tak yang abang Rid tu sebenarnya bukan orang baik-baik." Ujar Fiha dalam nada yang tidak dapat Zalika tafsirkan. Nak kata marah bukan, nak kata suka pun bukan. habis tu apa ek?

"Bukan orang baik-baik apa pula yang kau merepek ni? Aku tengok abang Ridzuan tu ok je, smart , hensem , bergaya. Dah lah baik hati pula tu." Zalika mengerutkan dahinya. Abang Rid tak baik ? Merepek! sikit punyala macho plus nice macam tu pun boleh dikatakan orang yang tak baik?

" Kau tak tahu kisah dia so jangan nak banyak cakap!" Marah Fiha tiba-tiba terus berlalu keluar dari biliknya. Zalika hanya memandang pelik ke arah pintu yang sudah tertutup. Kenapa dengan Fiha?

Seribu satu persoalan bermain dibenaknya. Bagaimana abang Rid yang baik, yang sukar untuk melihat dia merayau-rayau dan wajahnya sering dapat dilihat di surau dikatakan tidak baik?

( Perasaan Cinta Itu Normal Bagi Insan Bergelar Manusia...  )

Zalika merenung siling putih. Kata-kata Fiha tadi terngiang di telinganya. Sukar rasanya untuk dia mempercayai apa yang telah dikatakan oleh Fiha. ridzuan bukan orang baik? That's impossible! fiha sudah tidur dikatil sebelah ditatap lama. Bukannya dia tidak mempercayai sahabat baik sendiri tapi rupa dan kelakuan Ridzuan lansung tidak sama seperti apa yang dikatakan Fiha.


Zalika menggeleng sendiri. Dia teringat kembali peristiwa petang tadi dimana dengan beraninya dia pergi bersemuka dengan Ridzuan. Gaya sahaja berani tapi apabila sudah bersemuka, kelu seribu bahasa terus!

"Assalamualaikum abg Rid? Ujar Zalika sebaik sahaja dia berjaya menghampiri Ridzuan setelah kawan-kawannya pergi dari situ.

"Waalaikummussalam. Eh! Ika! Ika buat apa disini?" Soal Ridzuan sambil tersenyum manis kearah Zalika dihadapannya.

Telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Wajah Zalika kembali menjadi tatapan matanya.

"Hmmm...Ika..Ika.." Zalika tertunduk malu. Dia malu untuk melihat wajah manis Ridzuan yang dihiasi dengan senyuman. Ridzuan masih menunggu sambil tersenyum.

"Ika sebenarnya..." Belum sempat untuk dia menyambung ayat, ada seorang lelaki tiba-tiba menjerit nama Ridzuan.

"Ridzuan!! jomlah cepat. Kata nak main bola, aku takut nanti ada orang lain pula main dekat situ."

"Ok,kejap tau." Balas Ridzuan.

"Ika, Maaf abang ek. Abang dah janjilah dengan kawan abang. Lain kali kita jumpa lain ya. Assalamualaikum." Ridzuan menggalas beg sandang dan terus berlalu.

"Waalaikummussalam." jawab Zalika perlahan. Ridzuan yang belari anak untuk mendapatkan kawannya. Dia tersenyum kearah Ridzuan apabila Ridzuan berpusing melihatnya sambil tersenyum dan terus berlalu. Hampa hatinya apabila perasaannya terhadap Ridzuan tidak dapat diluahkan. Dah lah otak pula buat hal tetiba blank, banyak yang menggangu pun ya. Haish, sabar ajelah.

( Satu Kata Dari Hati Itu Lebih Bermakna Dari Seribu Bahasa....  )

Zalika terpisat apabila dirasakan ada cahaya yang memancar tepat mengenai wajahnya. Jam loceng di atas meja kecilnya dicapai dan dilihat jarumnya. Terkejut dirasakan apabila jam sudah pun menunjukkan pukul 7.55 pagi.

Dia bangun dari pembaringan. Dilihatnya katil Fiha sudah kosong dan elok berkemas. Dia berasa pelik kerana selalunya Fiha pasti akan mengerakkannya jika dia tidak bangun untuk solat subuh tapi mengapa tidak hari ini?

No comments:

Post a Comment