counters

Friday 6 September 2013

Akhirnya cintamu milik ku - episod 3

Nasib baiklah hari ini dia tiada kuliah.Jadi dapatlah dia bermalasan sedikit. Tapi dia sudah janji untuk bertemu dengan Prof. Deleila kerana ada pekara yang ingin dia bincangkan soal assignment yang diberi.

Perlahan-lahan dia bangun dari katilnya. Cadar dan bantal dikemaskan. Tuala yang tersangkut dicapai.Baldi berisi sabun dan pelbagai lagi alat mandiannya dicapai.Dia menutup rambutnya dengan tuala.Setelah selipar dipakai,dia menapak pergi ketandas untuk mandi.Selesai mandi,dia menapak kembali ke biliknya. Baju kurung bercorak polka dot menjadi pilihannya untuk disarungkan ke tubuhnya.Tudung sarung berwarna hitam putih disarungkan. Bedak ditempek nipis ke wajahnya. Lip balm turut tidak dilupakan untuk mengelak bibirnya kering.

Dia menapak dengan perlahan menuju ke kafe. Akalnya berfikir disepanjang jalan soal perubahan mendadak pada kawan baiknya, Fiha. Fiha berubah kerana dia kata dia sukakan Ridzuan. Tapi, kenapa?. Takkanlah Fiha juga sukakan Ridzuan kerana Fiha pernah berkata yang dia sukakan orang lain tapi orang itu tidak ada di universiti ini. Si dia Fiha belajar di luar negara katanya. Habis itu mengapa Fiha berubah?

Menu nasi lemak bersama sambal sotong dan air milo suam menjadi pilihan Zalika hari ni. Dia berlalu untuk mencari tempat kosong. Tempat sudah penuh.Zalika mengeluh kecil. Takkanlah dia nak makan berdiri?

"Ika!Ika! sinilah." seorang melambai Zalika dari jauh. Zalika pergi lebih dekat untuk melihat gerangan yang melambai. Tersenyum lebar apabila dia melihat Ridzuan yang melambai kearahnya. Ridzuan turut tersenyum kearahnya.

"Duduklah," jemput Ridzuan.
"Tak ada orang ke?"
"Tak ada. Abang sorang-sorang aje. Kawan-kawan abang semua ada hal pagi-pagi ni." Zalika terangguk-angguk mendengar perjelasan Ridzuan. Dia sebenarnya risau untuk duduk berduaan dengan Ridzuan kerana takut nanti orang akan berfikir bukan-bukan. Tapi apabila mengenangkan dia bukannya berada ditempat yang boleh mendatangkan curiga pada orang lain, dia terus duduk.

"Makan abg Rid?"Ridzuan yang ralit memandang telefon bimbitnya mendongak untuk melihat Zalika.

"Makan, makan. Abang dah makan dah. Sebenarnya abang dah nak bangun dah tapi kesian pula Ika tak ada kawan." Ujar Ridzuan sambil tersenyum.

"Kalau abg Rid ada hal penting tak apalah, pergi aje.Ika tak apa." Dalam diam Zalika berharap agar Ridzuan tidak meninggalkan dia seorang.

"Eh,tak pa lah. Lagipun hal abang tu tak berapa penting sangat pun. Dahlah, asyik bercakap aje nanti tak makan pula Ika, makanlah,Jangan segan dengan abang."

Dalam diam Ridzuan merenung gadis comel bernama Zalika dihadapannya. Terasa lain perasaannya tatkala matanya menatap mata berwarna coklat milik gadis itu. Rasa seperti perasaan sayang yang lain maknanya mencengkam jiwa setiap kali Zalika berada dihadapannya.

Apakah makna bagi semua apa yang hamba rasakan ini. Ya ALLAH. Dalam diam Ridzuan memohon pentunjuk agar ditunjukkan makna bagi segala apa yang dia rasa...


"Abang Rid ada urusan apa sebenarnya?" soal Zalika dan menghirup air milonya.
Zalika merasa pelik apabila melihat Ridzuan termenung jauh.
"Abang Rid...ooo...abang Rid" Zalika melayangkan tangan ndihadapan Ridzuan.

Ridzuan tersentak. Dia memegang belakang lehernya.
"Hmm...Ika tanya abang apa tadi?" soal Ridzuan.
"Ika tanya, abang ada urusan apa lepas ni?" Zalika mengulangi semula soalannya tadi.
"
Owh...abang ada kena jumpa dengan Prof. Daleila. Ada masalah dengan Prof. Kenapa?"
"Eh, samalah pula. Ika pun nak pergi jumpa Prof. Daleila juga lepas ni. Ada hal dengan assignment yang Prof. bagi hari tu."

Kebetulan yang menguntungkan Ridzuan! Dia juga perlu mengambil waktu yang ada ini untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati.

"Jomlah, abang Rid. Ika pun dah abis makan. nanti lambat takut nanti Prof ada hal pula." Ajak Zalika seraya mencapai tas tangannya.

Ridzuan hanya mengangguk dan mencapai beg sandangnya. Serentak mereka berdua bangun. Ridzuan tersenyum dan memberi keutamaan kepada Zalika untuk jalan terlebih dahulu. Makin mekar bunga didalam taman hatinya. Senyuman tak lekang dari bibir mereka.

Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang cemburu akan keakraban antara mereka berdua sedang memandang tajam ke arah mereka. Hati yang berbarakan cemburu dan marah kian membakar hati si pengintip. Dia jadi tidak penasaran apabila melihat perginya Ridzuan dan Zalika dari kafe. Dia jadi bengang melihat Zalika yang dirasakan bagai mengacau linenya untuk mengambil Ridzuan. Bisikan-bisikan syaitan yang dilaknat mulai bermain di deria pendengarannya. Hati yang penuh perasaan cemburu membuatkan dia jadi buta. Buta dengan apa yang dilihatnya kini.


( Syaitan Itu Makhluk Yang Gemar Menghasut Pekara Yang Tidak Baik. Untuk Mengelakkannya, Jadilah Ayat Suci Sebagai Peneman, Sebagai Penyuci Hati Yang Penuh Kotoran Catitan Dosa....  )

No comments:

Post a Comment