counters

Friday 6 September 2013

Akhirnya cintamu milik ku - episod 8

Zalika dan Ridzuan duduk bertentangan. Masing-masing berasa malu. Hafiz yang berada tidak jauh dari mereka hanya menggelengkan kepalanya lalu menyuap sebatang keropok lekor yang dibelinya dari sebuah gerai yang tidak jauh dari situ.

'Kalau macam nilah gayanya,tiga tahun lagilah baru, Rid dapat kahwin dengan Ika. Ish ish ish...' Desis hati Hafiz.

"Hmm...Ika. Kalau abang nak cakap sikit Ika jangan
 marah tau." Ujar Ridzuan seraya mematikan suasana sepi antara mereka berdua.

"Boleh.Cakap ajelah, InsyaAllah Ika takkan marah." Ujar Zalika sambil tersenyum.

"Abang...Hmmm...Abang sayang dan cintakan Ika. Tapi, abang tak nak cinta yang tak ada sebarang keuntungan." Satu nafas sahaja Ridzuan mengucapkannya.

Zalika tercengang. Dia berasa tidak percaya dengan apa yang dia dengar dari bibir Ridzuan.

'Abang Rid cintakan aku?' Bisik hati Zalika.
"Maksud abang Rid apa?" Soal Zalika sambil tertunduk. Dia terasa malu untuk melihat ke arah Ridzuan. Ridzuan tersenyum penuh makna. Suka dia melihat Zalika ketika sedang malu.

"Abang nak Zalika teman hidup abang, jadi isteri abang. jaga pakai abang." Ridzuan berasa semangat ketika berkata-kata. Bagai semangat yang tadinya hilang kini kembali semula.

Zalika mengangkat wajahnya untuk melihat Ridzuan.

"Ika hanya terima orang yang berani untuk bersemuka dengan ibu ayah Ika. Ika juga akan terima orang yang sudi menerima segala kelemahan Ika. Yang mampu untuk merahsiakan keaiban Ika." Serius Zalika menuturnya.

"Bagi abang alamat rumah Ika."
"Untuk?"
"Abang benar-benar sayangkan Ika. Abang tak sanggup untuk kehilangan Ika. Demi Ika InsyaAllah segalanya mampu untuk abang lakukan. Abang sanggup menerima segala kelemahan Ika kerana tiada siapapun yang sempurna di dunia ini termasuklah abang sendiri. Keaiban seorang isteri hanya boleh dilihat oleh seorang suami, Ika. Jika suatu hari nanti abang akan menjadi suami Ika,Abang perlu merahsiakan keaiban Ika kerana abang tidak sanggup untuk berkongsi Ika dengan orang lain, Bagi abanglah. Segala apa milik Ika perlu abang tahu jika abang ialah suami Ika nanti dan segala apa milik abang perlu Ika tahu." Ujar Ridzuan dalam nada serius.

Zalika berasa terharu dengan pengakuan yang dibuat oleh Ridzuan.

"Dan lagi satu, fahamilah hati masing-masing kelak menjadi suami isteri nanti kerana mampu mengikat hubungan kita sehingga akhir hayat. Selain mengikat hubungan suami isteri melalui kehadiran zuriat." Pesan Ridzuan kepada Zalika.

Zalika tutut tersenyum kearah Ridzuan bersama linangan airmata di tubir matanya.

"Abang Rid..." Hanya itu yang sempat Zalika tuturkan. Air matanya yang sudah tidak mampu untuk bertahan mengalir juga.

"Syhhh...Abang bukan sesiapa untuk Ika tangisi kerana abang belum menjadi suami Ika." Ujar Ridzuan. Koceknya diseluk sehelai sapu tangan berwarna biru berbelang putih dihulurkan kepada Zalika. Zalika menyambut huluran Ridzuan. Air matanya yang masih mengalir dikesat dengan sapu tangan tersebut.

"So,boleh tak kalau abang nak alamat rumah Ika?" Lagi sekali Ridzuan mengutarakan soalan yang sama.

"Hmm...kejap. Ika bagi masej dekat abang Rid." Zalika mengesat kesan tangisannya. Telefon bimbitnya didalam tas tangan dikeluarkan dan dia menaip sesuatu pada papan kekunci telefonnya.Selama beberapa ketika,telefon Ridzuan berbunyi menandakan ada satu masej masuk.

"Anak orang Perak rupanya gadis idamanku ini." Ujar Ridzuan sambil tersenyum kearah Zalika setelah masej dari Zalika.Zalika hanya tersenyum malu-malu kucing.

'That's my friend!' Bisik hati Hafiz sambil tersenyum melihat Ridzuan dan Zalika. Walaupun agak jauh kedudukannya dari tempat Zalika dan Ridzuan tapi dia dapat mengagak apa yang Ridzuan buat kerana dia boleh lihat Zalika menangis.Bukan menangis tanda sedih tapi tanda gembira....


( Cinta Yang Halal Itu Indah Ibarat Permata Yang Berkilauan...  )

No comments:

Post a Comment