counters

Friday 6 September 2013

Akhirnya cintamu milik ku - episod 7

Walaupun berat,kakinya tetap dihayun untuk berjumpa Ridzuan. Sesampainya di tingkat bawah, dia mengeluarkan telefonnya dan kad nama yang telah diberi oleh Ridzuan kepadanya pagi tadi. Nombor yang tertera pada kad tersebut didial. Berdebar dadanya menunggu gerangan manusia disana untuk menjawab panggilan.

"Assalamualaikum,abang Rid. Ika dah siap tunggu dekat luar dah ni."
"Waalaikummussalam.Ok.Tun
ggu aje dekat situ ya." Ujar Ridzuan dan terus menamatkan panggilan.

Sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam tiba-tiba berhenti dihadapan Zalika. Zalika menunduk untuk melihat gerangan siapa yang membawa kereta tersebut. Cermin tingkap kereta tersebut terbuka. Wajah dua orang lelaki menjadi tatapannya. Kelihatan Ridzuan di tempat pemandu manakala seorang lelaki yang tidak dikenalinya pula berada disebelahnya.

"Assalamualaikum,Ika". Ridzuan memberi salam dan keluar dari keretanya.
Zalika tersenyum "Waalaikummussalam." Ridzuan membuka pintu kereta dibelakangnya dan membiarkan Zalika masuk kedalam kereta. Setelah pintu ditutup, Dia kembali semula ke tempat pemandu. Ridzuan memegang dadanya. Terasa kencang degupan jantungnya.

Perlahan kereta Proton Perdana milik Ridzuan bergerak untuk menuju ke dentinasi yang ingin dituju.

"Owh, inilah Zalika yang kau kata tu Rid, Comel." Ujar Hafiz sambil memandang ke arah Zalika dari cermin sisi. Ridzuan berasa geram dengan Hafiz. Cemburu pun ada! Hafiz disebelahnya dijeling tajam sampai terhiris sekeping-sekeping hati Hafiz dirasakan, Kononnya! Hafiz yang sedar Ridzuan menjelingnya hanya tersengih penuh makna.

'Kau jangan nak ngada-ngada!' Mungkin itulah ayat yang cuba untuk Ridzuan sampaikan. Ridzuan melihat Zalika melaluai cermin pandang belakang. Gadis itu hanya tersenyum tapi senyumannya seolah tersirat sebuah rahsia besar yang tidak diketahui oleh sesiapa.

"Orang kalau bawa kereta kena pandang depan juga,bukan pandang belakang aje." Sinis Hafiz memerli Ridzuan yang asyik melihat Zalika. Nasib baiklah jalan tidak terlalu sibuk, jika tidak entah apa sudah jadi. Ridzuan berdehem kecil dan meneruskan pemanduannya tanpa memperdulikan apa yang telah Hafiz katakan....


( Mata Dan Senyuman Menyimpan Seribu Satu Rahsia Hati...  )

No comments:

Post a Comment