counters

Friday 6 September 2013

Akhirnya cintamu milik ku - episod 1

"Fiha,kau kena tolong aku Fiha!".Zalika tidak sempat memberi salam terus masuk kedalam biliknya dengan tergesa-gesa dan terus menyerbu Fiha yang sedang menelaah buku.."Tolong apa pulak nie?dah lah masuk pun tak reti bagi salam terus aje Fiha,Fiha,Aku tahu lah nama aku nie sedap didengar lagi sedap untuk disebut."

Fiha sudah mula merepek dia...Buku yang tadinya dibaca ditutup rapat...Nak baca?Huh! nampak aje muka zalika yang tak berapa nak cun kalau dibandingkan dengan Nora danish si pelakok cun nie trushilang mood nak membaca apatah lagi nak menelaah..Eh, bukan membaca dan menelaah tu sama jea...

"Eleh nama aku pun sedap didengar dan disebut.Ingat nama kau seorang aje yang sedap lagi enak?Bluekk"..Zalika menjelir lidahnya kearah Fiha.Dia melabuhkan punggungnya di atas katil bersebelahan meja Fiha.


"Yalah,yalah, nama kau sedap.Haa apa ke halnya kau cari aku nie?aku nak baca buku pun tak da mood nampak muka kau tahu!" Fiha membuat muka serius seperti ingin marah Zalika.

"Ala, janganlah marah.Aku tahulah muka aku ni ada ubat buat kau berhenti belajar tapi sekarang ni memang kau kena berhenti kejap. Kau kena tolong aku!" Zalika mengoncang tangan Fiha samapi kerusi tempat Fiha duduk pun bergoyang sekali dibuatnya.

"Tolong apa pula?!"
"Tolong aku. Aku dah jatuh cinta dengan seorang senior kita ni tapi aku tak tahu nak cakap apa dekat dia sebab setiap kali aku nampak muka dia mesti aku jadi blank,jadi blur. Last-lastnya,dia blah aje tak tunggu aku. Aku minat giler arr kat dia. Dahlah hensem, comel pulak tu." Ujar Zalika dalam keterujaan tahap gaban. Fiha mengerutkan dahi licinnya. "Kau jatuh cinta? Beb,kau ni biar betul! Setahu akulah,kan. Kau adalah manusia yang paling anti bab cintan cintun ni. Tapi sekarang kau cakap dekat aku yang kau suka dekat senior kita, Eh, senior kita? Siapa? Jangan kau cakap kau suka dekat abang poyo bajet hensem kononnya tapi tak sedar rambut sebiji macam ayam serama dekat rumah opah aku."

Fiha yang tadinya duduk diatas kerusi berubah tempat pula ke sebelah Zalika diatas katil.Lengan Zalika dipegang dan wajah kawannya ditatap penuh perasaan pelik.Zalika membalas pandangan Fiha dengan sebuah jelingan yang tajam.
"Aku ni pun manusia juga,ok. Setakat cintan cintun tu pekara biasalah. Everbody must have love feel. Eh,apa ke bendanya yang aku meraban nie." Zalika menggaru kepalanya yang ditutupi oleh tudung bawal.

"Yalah. aku tahu kau pun manusia biasa yang tahu apa itu cinta, Tapi,soalan aku kau tak jawab lagi. Kau suka dekat abang poyo bajet hensem tu ke?" Fiha terpaksa mengulangi soalannya tadi..

No comments:

Post a Comment