counters

Friday 6 September 2013

Akhirnya cintamu milik ku - episod 10 (Akhir)

Baby Blue menjadi warna tema untuk hari persandingan antara Annisa Zalika dan Ridzuan Al-Azim. Dengan sekali lafaz sahaja berwalikan ayah Zalika,Khalid,Ridzuan telah berjaya memiliki Zalika sebagai isterinya.

Meriah rumah Khalid dan Jannah dengan tetamu yang hadir untuk meraikan pasangan raja sehari yang comel lagi menawan. Pengapit yang tidak kurangnya juga turut menjadi perhatian. Siapa lagi ka
lau bukan Fiha dan Hafiz.

"Amboi, orang tu lebar sahaja senyumannya! Untunglahkan, dah berkahwin. Lepas ni susahlah nak nampak muka dia sebab mesti dia dok nak berkepit ajekan dengan laki dia ni." Ujar salah seorang rakan seuniversiti Zalika.

Zalika menyembamkan wajahnya ke lengan suaminya, Ridzuan kerana segan. Daripada saat sebelum dinikahkan sehinggalah selepas bersanding, tak henti-henti dia disakat oleh keluarga dan rakan-rakannya.

Ridzuan dan Hadiz hanya ketawa melihat gelagat Zalika yang segan tak sudah.

"Eleh,pengantin baru tu malulah pulak! Menyampah aku. Mentang-mentanglah dah ada suamikan orang tukan,tak nampak dah muka kita ni". sakat lagi seorang rakannya.

Bertambah segan Zalika.
"Sayang, jom masuklah. Abang tak solat Asar lagi. Kita solat sama-sama jom." Ajak Ridzuan dalam nada berbisik.

"Ehem ehem...Oklah, tak apa kami faham." Tak habis lagi rakan Zalika menyakat mereka berdua.

Mereka berdua hanya tersenyum. Mereka melangkah perlahan untuk masuk ke dalam kerana Zalika memakai hihg heel. High heel adalah musuh ketat Zalika, dia benci pakai high heel. Tapi, nak buat macam mana, dah kena paksa.

Sesampai sahaja dibilik, terus mereka berdua menyalin baju lain kerana sudah tak larat untuk memakai baju pengantin yang menyerlahkan title raja sehari mereka itu.

"Abang guna toilet dulu ya, sayang. Tapi kalau sayang nak join abang sekalipun boleh." Ujar Ridzuan sengaja ingin menggoda isteri yang baru dinikahinya.

Zalika hanya tersenyum. Dadanya berdebar hebat tatkala melihat Ridzuan membuka baju dihadapannya. Walaupun ditutupi dengan singlet putih tetapi ia tetap menggoda baginya.

"Tak apalah, sayang boleh mandi sendiri." Walaupun agak kekok untuk bibirnya menggelarkan dirinya sayang tapi dia tetap menuturnya tapi istimewa hanya untuk suaminya tercinta.

"Ya ke?" Ridzuan mengenyitkan matanya seraya memeluk Zalika dari belakang.
Zalika jadi kaku. Meremang bulu-bulu romanya apabila dipeluk begitu.

"Abang, pergi mandi cepat, Sayang pun nak mandi juga. Lepas tu boleh solat sama-sama." Zalika 'menghalau' Ridzuan.

Ridzuan ketawa kecil dan terus berlalu masuk ke bilik air. Selesai Ridzuan dan Zalika mandi, mereka berdua menunaikan solat yang menjadi tiang agama berjemaah. Tenang di sudut hati Zalika apabila melihat lelaki pujaannya di unerversiti kini menjadi imamnya. Kini menjadi seorang yang bertanggungjawab untuk menjaganya pula selepas ayahnya..

"Terima kasih syaang." Ucap Ridzuan sebaik sahaja selepas dia mengucup dahi isterinya yang tersayang.

Berkerut dahi Zalika."Untuk apa?"
"Kerana sayang sudi terima abang sebagai suami sayang. Terima kasih banyak-banyak sayang. Tanpa sayang tak bermakna rasanya hidup abang." Ujar Ridzuan sambil tersenyum penuh rasa cinta yang menggunung dari hatinya.

Zalika turut tersenyum."Sama-sama kasih,bang. Zalika pun nak ucap terima kasih sebab sudi terima sayang seadannya."

Ridzuan mendepa tangannya untuk memeluk tubuh Zalika. Zalika mendekatkan lagi jarak antara dia dan Ridzuan. tubuh sasa Ridzuan dipeluknya erat bagai tidak mahu untuk melepaskannya lagi. Lembut Ridzuan mencium ubun-ubun Zalika.

"Nothing can separate us except died. Abang janji sepenuh hati abag untuk terus setia kepada sayang, jika abang tidak tepati janji abang, maka azablah yang patut abang terima." Jujur Ridzuan menuturnya. pelukannya dieratkan lagi. Zalika tersenyum dalam diam.


( Cinta Yang Halal Itu Amat Indah, Usah Diburukkan Dengan Calitan Kotoran Nafsu, Sahabat itu anugerah ALLAH Untuk Menjadi Tempat Luahan Hati, Bukannya Tempat Luahan Perasaan Marah. Hargailah Segala Apa Yang Telah Ditakdirkan... :- ) )

TERIMA KASIH ALLAH.....

No comments:

Post a Comment